KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Mengambil contoh sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist di sini, beliau berkata program itu dapat meningkatkan persefahaman antara pelajar pelbagai kaum dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
"Program seperti ini sangat penting dalam merapatkan lagi persaudaraan antara semua lapisan masyarakat di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis itu pada Rabu.
Kira-kira 200 pelajar mempersembahkan tarian dikenali sebagai 'Tarikan Perpaduan' yang memaparkan kepelbagaian etnik di negara ini meliputi antaranya Melayu, Cina dan India selain pribumi Sabah dan Sarawak.
Pada majlis itu Saraswathy turut melancarkan Buku Anthologi Puisi - Jom Membina, Jangan Membinasa hasil karya 69 pelajar dan 33 guru Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist serta 11 penyair kebangsaan.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Anwar Ridhwan.
Dalam sidang media selepas itu Wong yang telah empat tahun menyertai sambutan Hari Perpaduan di sekolah berkenaan berharap program serupa dapat dianjurkan di semua sekolah di seluruh negara pada setiap tahun.
"Bagus kalau Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara dapat mencadangan supaya program seumpama ini dijalankan di seluruh negara, di semua sekolah mengikut modul yang dibuat Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist," katanya.
Beliau berkata bagi pengamal media pula, kempen Maaf Zahir Batin Hari-Hari #MZB365 telah digerakkan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan media di negara ini untuk mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Bagi Ahmad Zaini, pihaknya bersedia memberikan sokongan kepada mana-mana sekolah yang berhasrat menganjurkan program seumpama itu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Saya sebagai (pengamal) media bersama Datuk Seri Wong Chun Wai akan mengambil inisiatif bagaimana kita dapat membantu kementerian dalam memupuk perpaduan, ini satu usaha yang baik dan perlu disokong," katanya.
Sementara itu Bishop Gereja Methodist di Malaysia Bishop Dr T. Jeyakumar berkata program perpaduan seperti yang diadakan hari ini bakal dianjurkan di semua Sekolah Methodist pada masa akan datang dengan mengambil kira kepentingan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.
"Bila saya lihat cara sambutan ini diadakan di sini dengan meriah sekali dan wajah murid-murid di sini, saya lihat ada semangat perpaduan yang jelas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Saraswathy memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Bernama
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 Raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Malaysia seru kukuhkan perpaduan negara anggota OIC untuk hadapi cabaran dalam Dunia Islam
Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam.
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Lebih banyak program libatkan Orang Asli di Melaka - Exco
Lebih banyak program melibatkan penyertaan komuniti Orang Asli akan dilaksanakan di Melaka bagi mendedahkan mereka kepada masyarakat luar.
Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron
Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.